| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Olahraga Dan Permainan Kali Ke-11 Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney Tahun 2019

Pada 23 dan 24 April 2019, Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menjadi tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Dan Permainan Kali Ke-11 Sekolah Integrtiti dan Sekolah Henry Gurney Tahun 2019. Sebanyak tujuh kontinjen telah mengambil bahagian iaitu Sekolah Integriti Puncak Alam, Sekolah Integriti Kluang, Sekolah Integriti Marang, Sekolah Integriti Sungai Petani Sekolah Integriti Pusat Pemulihan Akhlak Muar dan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh KP Ariffin Bin Mohd Noor, Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Penjara Negeri dan Ketua-ketua institusi dari kontinjen yang bertanding. Sebanyak (16) acara telah dipertandingkan dengan beberapa rekod kejohanan telah diperbaharui oleh atlit-atlit yang bertanding. Atlit dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Kontinjen SHG Telok Mas juga turut memenangi Johan keseluruhan bagi acara olahraga dan permainan bagi edisi ke 11 ini. Pada masa yang sama turut menyaksikan penyerahan Drum Major Mace kepada ketua pasukan pancaragam penghuni sebagai simbolik penyertaan buat julung kalinya didalam pertandingan National Band Competition (NATCOMP) pada 10 hingga 13 Julai 2019 di Alor Setar Kedah.