| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Pengurusan Jenazah di Penjara Dusun Dato' Murad

26 April 2019 (Jumaat) : Unit Agama Penjara Dusun Dato’ Murad telah mengadakan dengan jayanya Kursus Pengurusan Jenazah melibatkan kakitangan bertempat di Surau Al-Syifa’. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Nor Azlan Bin Abdul Karim daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Turut dijemput menghadiri kursus tersebut ialah ahli Persiap Penjara Dusun Dato’ Murad dan juga kakitangan Muzium Penjara Malaysia. Objektif kursus tersebut ialah untuk memberikan kefahaman dalam segi teori dan amali kepada kakitangan tentang pengurusan jenazah iaitu bermula daripada memandikan sehingga pengkebumian jenazah.