| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pengarah Pengurusan Banduan ke Penjara Dusun Dato’ Murad

24 April 2019 (Rabu) : Pengarah Pengurusan Banduan, KP Ariffin Bin Mohd Nor telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh. Ketibaan beliau telah disambut oleh TKP Noor Aziz Bin Muhammad Noor selaku Pengarah Penjara Sungai Udang yang mewakili Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad. Beliau telah dibawa melawat ke sekitar kawasan agro untuk melihat perkembangan program pemulihan di Penjara Dusun Dato’ Murad yang berkonsepkan pertanian dan penternakan.