| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Silaturahim Tautan Kasih Bersama Yang DiPertua Persiap Malaysia Ke Penjara Dusun Dato’ Murad

13 April 2019 (Sabtu) : Persiap Penjara Dusun Dato’ Murad telah mengadakan Program Silaturahim Tautan Kasih Bersama Yang DiPertua Persiap Malaysia iaitu YBhg. Datin Sri Hajah Noraini Binti Haji Man. Ketibaan YBhg. Datin Sri itu telah disambut oleh Pengerusi Persiap Penjara Dusun Dato’ Murad iaitu Puan Wan Zurina Binti Wan Zain. Aturcara program dimulakan dengan zumba sihat, sarapan pagi dan lawatan ke sekitar kawasan agro. Program diteruskan lagi dengan perasmian kolam ikan keli dan menanam pokok kelapa oleh YBhg. Datin Sri. Program telah berakhir dengan acara memancing dan jamuan makan tengah hari. Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad iaitu PKP Zamzuri Bin Ghani turut hadir bersama pada program tersebut.