| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Menembak Pegawai Kanan Penjara Taiping

Pada 06 April 2019 dan 13 April 2019, Penjara Taiping telah mengadakan latihan menembak bagi Pegawai Kanan Divisyen A dan B bertempat di Lapang Sasar Balai Polis Sungai Bayor, Selama Perak. Seramai 50 orang pegawai kanan dan dihadiri bersama YS PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping yang juga terlibat dengan latihan menembak pada siri kali ini. Objektif latihan menembak ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengendalikan senjatapi serta memberi pendedahan tentang undang-undang penggunaan senjatapi dan juga bagi memupuk semangat  berpasukan di kalangan Pegawai Kanan. Senjatapi yang digunakan bagi sesi latihan menembak ini ialah jenis  MP9 mm, Revolver Smith & Wesson .38 Special dan USP Compact.