| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Aktiviti Program Mesej Dari Penjara – “Jom Tingkatkan Sahsiah” Pusat Koreksional Puncak Alam Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang

Pada 19 April 2019 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Sungai Kapar Indah, Klang, Selangor telah berlangsung Program Mesej Dari Penjara – “Jom Tingkatkan Sahsiah”. Program ini melibatkan 400 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 serta guru-guru. Program dimulakan dengan sesi ceramah motovasi yang disampaikan oleh En. Luqman bin Mohd Yusop, Pegawai Psikologi dan seterusnya perkongsian berkenaan kepenjaraan oleh IP Zulhairi Bin Muhamad. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan daripada Pengetua SMKSKI Pn Lubna Binti Damanhuri dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Md. Yazid Bin Toha.