| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting

KAMUNTING, 17 APRIL 2019 (RABU) bersamaan 11 SYAABAN 1440, Unit Agama Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting bagi tahun 1440H/2019M. Program ini telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Kamunting iaitu PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali diiringi oleh KIP Mohd Shafeq Bin Md Pazilah, Ketua Unit Rekod Banduan dan Tahanan PKK. Majlis dimulakan dengan alunan zikir dan bacaan doa’. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ceramah Israk Mikraj dengan bertemakan ‘Ibrah Disebalik Perjalanan Bertemu Tuhan’ yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Azian Bin Mat Isa yang merupakan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Taiping, Pejabat Agama Islam Daerah Taiping. Seramai 119 orang banduan telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Sebelum berakhir majlis ini, telah diadakan sesi kuiz Israk Mikraj kepada para penghuni yang hadir. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 12 tengah hari.