| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Integriti Kalangan Penjawat Awam

Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menjalankan Seminar Integriti Kalangan Penjawat Awam Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka pada 10 April 2019. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada pegawai penjara pelbagai pangkat termasuk staf awam menyertai seminar ini yang dikendalikan oleh Penolong Kanan Penguasa SPRM, Mohd Sufian Bin Mohd Khalid dan Mohd Hairul Helmi Bin Hashim. Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan dan memantapkan lagi nilai-nilai integriti penjawat awam dalam  menegakkan prinsip integriti dan akauntabiliti ke arah mencapai satu sistem tadbir urus terbaik dan berintegriti sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 ”Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam” yang telah dikuatkuasakan pada 01 Ogos 2013. Rumusannya, integriti membawa erti kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu dalam individu dan organisasi.