| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Azan Dan Membaca Khutbah Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2020m/ 1441h

Pertandingan Azan dan Membaca Khutbah peringkat penghuni Pusat Koreksional Kamunting telah diadakan pada 15 & 16 Januari 2020 bagi Pertandingan Azan dan 22 & 23 Januari 2020 bagi pertandingan membaca khutbah yang bertempat di Surau Al-Hidayah Banduan, Pusat Koreksional Kamunting. Sebanyak 28 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan azan dan seramai 20 peserta dalam pertandingan membaca khutbah. Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari untuk pertandingan azan dan dua hari untuk pertandingan membaca khutbah. Kedua-dua Pertandingan ini telah bermula pada jam 9.30 pagi. Seramai tiga orang juri telah dilantik untuk mengadili setiap persembahan peserta-peserta dalam pertandingan ini. Peserta-peserta telah dinilai daripada sudut kelancaran,suara dan persembahan. Di akhir majlis, keputusan pertandingan azan dan membaca khutbah diumumkan dan hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Inspektor Penjara Hasmadi bin Mat Tahir Penolong Ketua Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting. Kedua-dua Majlis pertandingan ini berakhir pada jam 4.30 petang.