| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Melaka

2 April 2019 (Selasa), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah dipertanggungjawabkan sebagai penganjur Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Melaka bagi April 2019 yang dihadiri oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka dan 200 pegawai dan kakitangan Penjara Negeri Melaka. Antara aturcara yang diadakan ialah Ikrar Jabatan dan Ikrar Anti Rasuah diikuti pemakaian pangkat Sarjan TBBK, penerima pingat dan sijil penghargaan. Ia selaras dengan tujuan majlis ini iaitu bagi menghimpunkan semua warga kerja Penjara Negeri Melaka dimana ia merupakan satu platform yang terbaik dan berkesan bagi menyampaikan arahan, maklumat dan dasar terkini Jabatan Penjara Malaysia.