| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad kali ke-36 tahun 2019

Pada 11 hingga 14 April 2019 telah diadakan Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad kali ke-36 tahun 2019 bertempat di Pulau Pinang. Penjara Reman Pulau Pinang telah diberikan kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi mengelolakan kejohanan pada tahun ini. Venue kejohanan telah diadakan di Padang Polo, Penang Sport Club dan Stadiuam Bandaraya Pulau Pinang. Terdapat 11 negeri terdiri daripada 16 pasukan  telah menyertai kejohanan tersebut. Johan bagi kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Sabah dan Naib Johan dimenangi oleh pasukan Selangor A. Tempat Ke-3 bersama disandang oleh pasukan Selangor B dan pasukan Negeri Sembilan. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YBhg KJP Dato' Sri Zulkifli Bin Hj. Omar,Ketua Pengarah Penjara Malaysia, merangkap Yang Di-Pertua Majlis Sukan Penjara Malaysia.