| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-229 Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor

Pada 07 April 2019, jam 08.00 pagi telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-229 Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha KP Hj Abd Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor diiringi PKP Mohd Shukri bin Harun, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Majlis dimulakan dengan penganugerahan pingat dan pemakaian pangkat Sarjan TBBK KA22 seramai 25 orang anggota. Perutusan Komisioner Jeneral Penjara disampaikan oleh Yang Berusaha KP Hj Wahab bin Hj Kassim. Turut dijemput Persiap PPA Muar dan suami isteri penerima pangkat Sarjan TBBK KA22 bagi meraikan majlis tersebut.