| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Sempena Isra’ Dan Mikraj Peringkat Penghuni Penjara Kajang

Pada 04 April 2019 (Khamis) bersamaan 28 Rejab 1440H, Unit Agama Islam, Seksyen Pemulihan Penjara Kajang telah menganjurkan program ceramah sempena  Isra’ dan Mikraj peringkat penghuni Penjara Kajang bertempat di Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD). Program yang melibatkan seramai 620 orang penghuni  beragama Islam membawa mesej penghayatan perjalanan Nabi Muhammad S.A.W yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah. Selain itu, pengetahuan dan penghayatan peristiwa tersebut di sebalik ibadat penting bagi umat Islam iaitu penerimaan solat fardhu. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi, bacaan doa, persembahan nasyid oleh penghuni serta aturcara kemuncak ialah ceramah Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hamdi bin Abdul Latiff, Imam Masjid Al-Huda, Seksyen 19 Shah Alam Selangor. Program ini turut dihadiri oleh PP Kamarul Efzan bin Johori, TPP Muhammad Azrul bin Azizi (PYM Unit RPD), Ustaz Azhar Hj. Wi (Ketua Unit Agama Penjara Kajang) serta jawatankuasa dan anggota bertugas.