| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Dan Mesyuarat Agong Kelab Sukan Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019

Pada 29 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019 Penjara Pusat Sibu telah mengelola Karnival Sukan dan Mesyuarat Agong Kelab Sukan Peringkat Penjara Negeri Sarawak. Perasmian Karnival Sukan serta penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YDH TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir dalam karnival tersebut ialah Puan Hajjah Aemyzarina Binti Haji Badrin, Pengerusi PERSIAP Penjara Negeri Sarawak. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Badminton, Boling dan Explorace. Keputusan Karnival Sukan Penjara Negeri Sarawak seperti berikut;

Johan    Keseluruhan - Penjara Miri (25 Mata)
Naib Johan  -  Penjara Limbang (20 Mata)
Ketiga - Penjara Pusat Sibu (13 Mata)
Keempat  -  Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak (9 Mata)
Kelima  -  Penjara Puncak Borneo (7 Mata)
Keenam  -  Penjara Pusat Sri Aman (3 Mata)
Ketujuh -  Pusat Koreksional Bintulu (1 Mata)