| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ihtifal Kesenian Islam Kali Ke-9 Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak Dan Perujian Tilawah Alquran Peringkat Kakitangan Penjara Kali Pertama Tahun 2019

Pada 21 hingga 23 Mac 2019, Penjara Pusat Sri Aman telah menjadi tuan Rumah Majlis Ihtifal Kesenian Islam Kali Ke 9 Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak dan Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Kakitangan Penjara Jabatan Penjara Malaysia Zon Sarawak Kali Pertama Bagi Tahun 2019 yang bertempat di Padang Kawad Dan Dewan Serbaguna Penjara Pusat Sri Aman. Pada majlis itu, seramai 63 penghuni  telah mengambil bahagian dalam kategori Tilawah Al-Quran, pertandingan hafazan, marhaban dan nasyid. Majlis ini telah dilaksanakan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada 22  Mac 2019. Manakala bagi Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Kakitangan Penjara Jabatan Penjara Malaysia Zon Sarawak Kali Pertama Bagi Tahun 2019 seramai  12 orang kakitangan telah mengambil bahagian dalam majlis ini dan majlis ini telah dilaksanakan pada jama 7.30 malam sehingga 10.30 malam pada 22 Mac 2019. Bagi kedua-dua majlis ini, pihak penganjur telah melantik seramai 4 orang ahli jemaah hakim daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman. Manakala Ketua Hakim bagi kedua-dua majlis ini ialah Ustaz Haji Mohd Ansarullah Bin Hashim, Ketua Bahagian Agama Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis penutupan rasmi bagi Majlis Ihtifal Kesenian Islam Kali Ke 9 Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak dan Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Kakitangan Penjara Jabatan Penjara Malaysia Zon Sarawak Kali Pertama Bagi Tahun 2019 dan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ajidin bin selaku Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir pada majlis penutupan itu juga, Pengarah – Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak.