| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sukan Sempena Sambutan Hari Penjara Ke 229 Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jabatan Penjara Malaysia Jelebu Negeri Sembilan Tahun 2019

25 Mac 2019 (Isnin) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Program Sukan Sempena Sambutan Hari Penjara Ke 229 peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Tahun 2019 bertempat di Padang Bola Sepak IPDJ. Program dimulakan pada jam 3.00 petang dengan acara sukan Tarik Tali dan seterusnya sukan Bolasepak untuk kakitangan serta lain-lain sukaneka bagi anggota PERSIAP. Acara sukan telah disempurnakan oleh PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap acara. Acara sukan berakhir pada jam 0515 petang.