| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Penjara Malaysia Penjara Sungai Petani

Pada 7.4.2019 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Zon Utara 1 yang dikelolakan oleh Penjara Sungai Petani bertempat di Institut Aminuddin Baki, Jitra Kedah melibatkan 172 penerima  anugerah perkhidmatan cemerlang. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir ialah Komisioner Penjara Ibrisam bin Abdul Rahman Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti,Puan Russiyatimah binti Arshad Pengarah Teknologi Maklumat, Cik Nur Shamila bt Sahul Hamid Timbalan Pengarah Sumber dan Manusia, Pengarah-Pengarah Negeri dan Pengarah Institusi Zon Utara, serta Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki En Abdullah bin Hassan. Susun atur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Keharmonian Rakyat dan Bakti Setia. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh  Pengarah Negeri Kedah TKP Mohd Sabri bin Yaacob seterusnya Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018. Majlis diakhiri dengan ucapan YBhg Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan sesi bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmtan Cemerlang.