| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Forum Israk Mikraj Peringkat Kakitangan Penjara Limbang 2019

Pada 4 April 2019 (Khamis), Unit Agama Penjara Limbang dengan kerjasama Surau Asma Ul Husna telah menganjurkan Program Forum yang bertajuk 'Ada Apa Pada Israk Mikraj' sempena dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Forum ini telah disampaikan oleh seorang panel jemputan dari Sekolah Kebangsaan Menuang,Limbang iaitu Ustaz Abdul Malik Bin Deni dan dikendalikan oleh moderator PP Hamad Bin Seman. Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Limbang, PP Walace Anak Nawon dan kakitangan yang beragama Islam Penjara Limbang serta keluarga. Program ini bermula dengan solat fardhu maghrib, kemudian diikuti dengan solat hajat dan bacaan yasin seterusnya dilanjutkan dengan forum Israk Mikraj serta solat isyak secara berjemaah. Majlis diakhiri dengan jamuan dan Forum selesai pada jam 10.00 malam.