| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Penjara Wanita Kajang Bagi Bulan April 2019

Pada 3 April 2019 (Rabu), Institusi ini telah mengadakan Perbarisan Bulanan Kakitangan Penjara Wanita Kajang Bagi Bulan April 2019 di Perkarangan Pejabat Perusahaan yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Komisioner Penjara Abdul Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diiringi Penguasa Penjara Kesumawati Binti Ilas, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang serta dihadiri oleh kakitangan pelbagai pangkat termasuk kakitangan awam Penjara Wanita Kajang seramai 107 orang.

Aturcara majlis adalah upacara pemakaian pangkat dari Koperal Penjara (Hakiki) ke Sarjan Penjara (TBBK) seramai tiga (3) anggota serta upacara penganugerahan pingat dan Sijil Penghargaan iaitu Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada (1) anggota, Pingat Pekerti Penjara (PPP) kepada (2) anggota Pingat Bakti Penjara (PBP) kepada (3) anggota, Sijil Kepujian Tertinggi Reben Hijau (SKH) kepada (1) anggota, Pingat Am Penjara kepada (1) anggota dan Sijil Penghargaan kepada (6) anggota. Seramai 17 penerima–penerima ini terdiri daripada kakitangan Penjara Wanita Kajang serta kakitangan Pejabat Pengarah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Yang Berusaha KP Abdul Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang menerima pangkat serta pingat jabatan dan mengharapkan semua kakitangan akan memberi komitmen yang sewajarnya dalam melaksanakan tugas, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dari segi kawalan keselamatan serta berdisiplin serta menjaga integriti.