| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-229 dan Karnival Sukan kakitangan / Persiap Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2019

Pada 29-31 Mac 2019, pegawai dan kakitangan Penjara Pusat Miri telah menyertai Karnival Sukan Penjara Negeri Sarawak yang diadakan di Penjara Sibu, Sarawak. Antara acara yang dipertandingkan adalah Badminton, Tenpin Bowling dan Explorace Persiap Penjara Negeri Sarawak. Institusi ini telah berjaya menjadi Johan acara Tenpin Bowling, Naib Johan bagi Explorace Persiap serta ketiga dalam acara Badminton dan sekaligus telah merangkul Juara Keseluruhan Karnival Sukan Kakitangan dan Persiap Penjara Negeri Sarawak bagi Tahun 2019. Terdahulu Majlis Perbarisan Hari Penjara Ke-229 Tahun 2019 Peringkat Penjara Negeri Sarawak telah diadakan pada 30 Mac 2019 bertempat di Penjara  Pusat Sibu. Perbarisan bermula  pada jam 7.00 pagi dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh seterusnya menyampaikan Perutusan Hari Penjara Ke-229 Ketua Pengarah Penjara Malaysia, serta turut menyempurnakan upacara penyampaian Pingat / Riben  serta Pemakaian Pangkat Sarjan TBBK kepada pegawai dan kakitangan Penjara Negeri Sarawak.