| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khatam Al-Quran Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sri Aman

Penjara Pusat Sri Aman telah mengadakan Program Khatam Al-Quran Peringkat Penghuni sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 2 bermula 01/04/2020 hingga 14/04/2020 . Program ini melibatkan seramai 16 penghuni yg beragama Islam. Sepanjang program ini, penghuni telah berjaya Khatam Al Quran sebanyak 6 kali. Program ini telah dijalankan bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi setiap hari yang bertempat di Bilik Kuliah Penghuni.
Pada 14/04/2020 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat Bilik Kuliah Penghuni melibatkan seramai 16 orang penghuni yang telah selesai khatam Al-Quran. PKP Anbalagan a/l Subramaniam Pengarah Penjara Pusat Sri Aman telah menyampaikan Sijil Penghargaan dan Saguhati sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada penghuni untuk terus membuadayakan aktiviti bacaan Al Quran.