| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pengarah Yadim Negeri Johor

Pada 29 Januari 2020 (Rabu), Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Johor iaitu Mohammed Ammar Bin Abdullah telah mengadakan lawatan ke Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Mahkota Kluang, Johor. Lawatan ini bertujuan untuk melihat program- program pemulihan yang dijalankan oleh Orang Diselia (ODS) terutamanya yang beragama Islam. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membincangkan perancangan kelas-kelas agama untuk ODS yang akan dilaksanakan pada tahun 2020. Lawatan di mulai dengan meninjau blok penempatan ODS seterusnya ke Rumah Cendawan dan diakhiri dengan menandatangani buku Lawatan. Turut hadir dalam lawatan tersebut iaitu Mejar Mohd Al Bakri Ketua Penempatan PRP Kem Mahkota Kluang Johor.