| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Kali Ke-229 Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang Tahun 2019

Pada 25 Mac 2019 (Isnin) bertempat di Dewan Sri Mutiara,Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara kali ke-229 Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh YDH TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri, Pulau Pinang. Turut hadir bersama YDH PKK Husin Bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan YDH PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Susun atur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku , Bakti Setia, Keharmonian rakyat, bacaan ikrar serta bacaan doa. Seterusnya bacaan Perutusan YBhg. Dato’ Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Penolong Penguasa Penjara Gred KA 29, Sarjan Penjara (TBBK) Gred KA 22, Koperal Penjara Gred KA 20 serta penyampaian pingat, riben dan sijil penghargaan oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang serta majlis bergambar kenangan. Majlis diakhiri dengan ceramah integriti yang disampaikan oleh Puan Rozy binti Usof, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pulau Pinang dan lawatan ziarah mahabbah ke kediaman (3) orang pesara institusi Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang.