| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Rasmi Oleh Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak Ke Penjara Puncak Borneo

18 Mac 2019 (Isnin) - Penjara Puncak Borneo telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan seramai 15 orang dari Jabatan Agama Islam Sarawak. Lawatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak iaitu Yang Arif Tuan Mahiden Bin Haji Sah. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara jabatan khasnya berkongsi kepakaran dan maklumat mengenai prosedur, perundangan dan penguatkuasaan.