| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Team Building Siri 2 Bersama Pengarah Penjara Puncak Borneo

Pada 9 Mac 2019 (Sabtu), Unit Latihan Penjara Puncak Borneo telah melaksanakan Program Team Building Siri 2 bagi kakitangan beruniform dan awam bersama Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh Bin Majin di Kampung Sebat, Pueh Sematan Kuching. Aktiviti ini merupakan satu program kecergasan di samping membentuk semangat berpasukan di kalangan kakitangan. Aktiviti di mulakan dengan Jungle trekking sejauh 3 km untuk sampai ke Sebat Waterfall. Program Team Building kali ini disertai seramai 41 kakitangan Penjara Puncak Borneo.