| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Temasya Sukan Kali Pertama Sekolah Integriti Puncak Alam 2019

24 Januari 2019 ( Khamis ) – Bertempat di padang Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah berlangsung Temasya Sukan kali pertama Sekolah Integriti Puncak Alam (SIPA) 2019. KP Haji Darussalam Bin Budin Pengarah Pengurusan Banduan telah dijemput untuk merasmikan temasya sukan tersebut diiringi PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA dan Penyelia SIPA Puan Suriah Binti A.Chik.

Gimik perasmian temasya dilakukan oleh KP Haji Darussalam Bin Budin dengan memukul bola golf sebagai tanda bermula acara sukan pada hari tersebut. Acara diteruskan lagi dengan pertandingan sorak antara rumah sukan kemudian diikuti acara ”Big Test” bagi menggantikan acara balapan. Kemuncak temasya ialah acara tarik tali yang dimenangi oleh rumah merah setekah menewaskan rumah kuning.

PK Haji Darussalam Bin Budin kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang kepada peserta dan rumah sukan.