| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Perkongsian Ilmu Bersama AKRAB Dan Warga Kerja Majlis Perbandaran Klang Ke Penjara Dusun Dato’ Murad

21 Mac 2019 (Khamis) : Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan warga kerja Majlis Perbandaran Klang telah mengadakan Lawatan Perkongsian Ilmu ke Penjara Dusun Dato’ Murad. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 40 orang peserta dan ketibaan rombongan lawatan pada jam 9.00 pagi. Aturcara program dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato’ Murad. Bermula dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato’ Murad, sesi ceramah “Mesej Dari Penjara” bersama penghuni dan lawatan ke persekitaran kawasan agro. Objektif lawatan adalah untuk memberi kesedaran dan mewujudkan keinsafan dalam diri setiap peserta supaya menjalani kehidupan yang lebih berakhlak mulia dan berintegriti.