| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Gotong Royong Perdana Perangi Aedes Penjara Dusun Dato’ Murad

13 Mac 2019 (Rabu) : Program Gotong Royong Perdana Perangi Aedes Peringkat Penjara Dusun Dato’ Murad telah diadakan dengan jayanya bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Gotong royong melibatkan keseluruhan kawasan Penjara Dusun Dato’ Murad termasuk persekitaran kawasan dalam penjara, kawasan agro dan juga kawasan perumahan kakitangan. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bagi menghapus dan membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes supaya persekitaran kawasan Penjara Dusun Dato’ Murad menjadi lebih bersih, selamat dan kondusif.