| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan Calon SPM 2018 SHG Telok Mas Melaka

Pada 15 Mac 2019 (Jumaat) bertempat di Dewan Seroja SHG Melaka telah diadakan Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan SPM 2018. Majlis telah disempurnakan oleh En. Azhan Bin Anuar, Ketua Sektor Pendidikan IPPM dan turut dihadiri PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka, Wakil Ahli Lembaga Pelawat SHG, Pegawai-Pegawai Kanan serta guru-guru Akademik. Seramai 62 calon pelajar SHG Telok Mas Melaka telah menduduki Peperiksaan SPM 2018 dan memperolehi keputusan lulus 100% bagi 6 tahun berturut-turut dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 4.63 mata. (1) orang pelajar terbaik mendapat keputusan 6A, (5) orang pelajar mendapat 5A, (2) orang pelajar mendapat 4A dan (8) orang pelajar 3A. Manakala GPMP mata pelajaran Sejarah ,Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Tasawuur Islam telah meningkat dari keputusan SPM 2017.