| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Menteri Belia Dan Sukan Bersama Penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas

Pada 12 Mac 2019 Institusi SHG Telok Mas telah menerima kunjungan YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan yang telah mengadakan Program Menteri Belia Dan Sukan Bersama Penghuni SHG Telok Mas. Sesi walkabout YB Tuan Syed Saddiq turut berinteraksi bersama penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas dan melancarkan Projek Reben Kuning ianya bagi memberi peluang kedua kepada bekas penghuni sekolah pemulihan akhlak dan bekas banduan untuk menyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan. Majlis turut dihadiri Ketua Pe¬ngarah Penjara Malaysia, YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Bin Ismail dan Pengarah Penjara Negeri Melaka, YBhg.KP Datuk Abdul Aziz Bin Muhamad. Dalam majlis ini juga beliau telah menyampaikan Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas dan turut menyampaikan sumbangan ge¬langgang tinju yang dihadiahkan oleh petinju terkenal dunia Manny Pacquiao kepada Sekolah Henry Gurney bagi mengembangkan sukan Projek Henry. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia memberi ruang dan peluang kepada pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas untuk bersaing bagi merebut tempat dalam pasukan kebangsaan dan bergelar atlet negara.