| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019

Pada 06 Mac 2019 (29 Jamadil Akhir 1440H), Unit Agama Islam, Seksyen Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni bertempat di Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang. Majlis dirasmikan oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh (Ketua Seksyen Pemulihan) dan turut dihadiri oleh PP Marzuki bin Bidi (Wakil BHEAK), Ustaz Izhar bin Ismail (Wakil Bahagian Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor), TPP Muhammad Azrul bin Azizi (PYM RPD), Ustaz Azhar Hj. Wi (Ketua Unit Agama) serta anggota yang terlibat. Seramai 650 penghuni terlibat dengan program ini dan sebanyak 9 kumpulan telah menyertai pertandingan yang menyediakan hadiah lumayan untuk semua peserta.  Johan pertandingan disandang kumpulan dari Blok Fajar, diikuti Unit Halaqah RPD dan blok Pusat Pemantapan Kerohanian (PPK). Aturcara Majlis ini juga dimeriahkan dengan sumbangan tikar dari Bahagian Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk kegunaan penghuni menunaikan solat. Program yang bermula jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertujuan mencari bakat baru dan memantapkan lagi persembahan nasyid dalam semua aspek.