| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Berkala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Ke Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan

7 Mac 2019 (Khamis) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menerima lawatan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Lawatan Pemantauan Berkala itu dihadiri PKK Rahmat bin Abdul Rani Pengarah Penjara Negeri Sembilan diiringi PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.  Lawatan ini dijalankan bertujuan selaras dengan perkara yang termaktub di Seksyen 4(2)(d) Akta Suruhanjaya hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) iaitu melawat tempat-tempat tahanan untuk mendapatkan maklumat berhubung keadaan tempat tahanan dan satu perbincangan telah diadakan bersama pihak institusi ini. Turut hadir Delegasi dari pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Encik Simon Karunagaram Timbalan Setiausaha Bahagian Aduan dan Pemantauan.