| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Jamuan Persaraan Sub Inspektor Mohamad Amin Bin Osman

1 Februari 2019 – Bertempat di Restoran Anjung Tasik Biru,Kuang, Satu Majlis jamuan bagi meraikan persaraan Sub Inspektor Mohamad Amin Bin Osman telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Pusat Koreksional Puncak Alam. Majlis dihadiri oleh Pengarah PKPA PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor  dan PP Anbalagan A/L Subramaniam serta kakitangan PKPA.

Majlis dimulakan dengan ucapan terima kasih dari Pengarah PKPA diikuti dengan ucapan oleh SI Mohamad Amin sendiri. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari kakitangan,cabutan bertuah serta persembahan slide memori perjalanan hidup SI Mohamad Amin. Akhir majlis penyampaian cenderahati kepada SI Mohamad Amin serta isteri Pn Zaharah Binti Mohd Salleh serta sesi bergamba kenang-kenangan bersama SI Mohamad Amin serta Isteri.