| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Santai Muhibah Pusat Koreksional Puncak Alam 2019

16 Januari 2019 - Bertempat di perkarangan Kuarters Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) satu majlis bagi meraikan kakitangan dan keluarga, Program Santai Muhibah telah berlangsung dengan jayanya. Berkonsepkan BBQ dan santai,gotong-royong oleh kakitangan bermula seawal jam 6.00 petang bagi penyediaan tempat, pentas serta makanan dan minuman. Program dimulakan dengan solat berjemaah dan doa selamat di Surau Umar Al-Khatab Kuarters PKPA bersama Pengarah PKPA PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor.

Program diserikan lagi dengan acara pertandingan karaoke serta pemberian cenderahati kepada anak-anak kakitangan dan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah PKPA serta pegawai-pegawai kanan PKPA.