| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh Tahun 2019

Pada 25 Februari 2019,bertempat di Padang Penghuni Penjara Sungai Buloh telah diadakan Persembahan Tarian Singa bersama NGO sempena sambutan Perayaan  Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemulihan dan Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di Kuala Lumpur . Program yang merupakan acara tahunan ini dimeriahkan dengan kehadiran PKK Hj Mohd Farid B Kassim, PP Sirajuddin B Abdul Majid. Program ini melibatkan seramai 300 orang penghuni pelbagai kaum. Program ini bertujuan untuk menggalakan penglibatan NGO dalam aktiviti pemulihan penghuni di dalam penjara disamping memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina 2019. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina walaupaun mereka sedang menjalani hukuman pemenjaraan. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengah hari.