| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat YB Mohamed Hanipa Bin Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) ke Penjara Seberang Perai

Pada 13 Januari 2020 (Isnin), Unit Pemulihan (PPI), Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat YB Mohamed Hanipa Bin Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-undang ) yang diadakan bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Penjara Seberang Perai. Kehadiran YB Mohamed Hanipa Bin Maidin bersama isteri disambut oleh PKK Zulkifli Bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai, PP Mohamad Jusoh bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai, TPP Liza Binti Ahmad, TPP Dahlan Bin Hashim, barisan pegawai kanan serta anggota Penjara Seberang Perai, (8) orang wakil Media dan (160) penghuni Penjara Seberang Perai. Majlis turut dihiasi dengan persembahan ?buskers? daripada Kumpulan D? Mutiara yang ahlinya dikalangan penghuni Penjara Seberang Perai. YB Mohamed Hanipa Bin Maidin turut menyampaikan Plak Penghargaan kepada (2) orang banduan pengajian pascasiswazah Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu SMPP : 1-12-00739 Muhammad Jeffery Hizwan Bin Said dan SMPP : 3-11-03865 Keng Leng Ceng. Pada akhir majlis, sesi sidang media diadakan dengan kehadiran (8) orang wakil Media daripada RTM, Bernama, TV3 dan lain-lain.