| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Ping Pong Piala KJP Kali Ke – 06 Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019

Kejohanan Ping Pong Piala KJP Kali Ke – 06 Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019. Disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Pada 03 Mac 2019 ( Ahad ) bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIA ) Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kejohanan ini Mmrupakan kelolaan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pahang dan Penjara Penor. Turut hadir dalam kejohanan tersebut ialah YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Mantan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, YBhg. KP Ibrisam Bin Abdul Rahman, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti IPPM, YH. KP Dato’ Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH. PKK Dato’ Abu Hasan Bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Pengarah- Pengarah Bahagian, Pengarah- Pengarah Penjara Negeri, Pengarah- Pengarah Institusi Penjara dan Pegawai- Pegawai Kanan serta anggota Jabatan Penjara Malaysia. Antara pasukan yang terlibat dalam kejohanan tersebut terdiri daripada Negeri Johor, Negeri Terengganu, Negeri Melaka, Negeri Perak, Negeri Selangor, Negeri  Pahang, Negeri Pulau Pinang, Negeri Kelantan, Negeri Sabah, Negeri Kedah dan Negeri Sembilan. Acara yang dipertanding melibatkan Kategori Terbuka Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Berpasukan ( Lelaki / Perempuan ), Beregu Vip Serta Beregu Lelaki Terbuka.

Johan Kategori Terbuka Perseorangan Lelaki :
Encik Salim Bin Sahak
( Pesara Jabatan Penjara Malaysia )

Johan Kategori Perseorangan Wanta :
IP Rosmawaty Binti Mahmud
( Selangor )

Johan Kategori Beregu Berpasukan ( Lelaki / Perempuan ):
Negeri Melaka

Johan Kategori Beregu Vip :
YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof / Tuan Razali Bin Awang
( Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri )

Naib Johan Kategori Beregu Vip :
YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar / TPP Mohd Halim Bin Ibrahim
( Selangor )

Ketiga Bersama Kategori Beregu Vip :
KP Ibrisam Bin Abdul Rahman / Encik Abdul Mutalib Bin Mohd
( Selangor )
TPP Mohd Nazri Bin Mohamad / Dr. Shamil Bin Sautarwin
( Terengganu )

Johan Kategori Beregu Lelaki Terbuka :
IP Mohd Shawaley Bin Ismail / KPL Mohd Farid Bin Rahim ( Johor )