| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Jawatankuasa Penganugerahan Pingat/Sijil Penghargaan Zon Sarawak Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019

Pada 19 Februari 2019 (Selasa), Mesyuarat Jawatankuasa Penganugerahan Pingat/Sijil Penghargaan Zon Sarawak Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2019 telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. KP Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad, Pengarah Dasar Kepenjaraan. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pengarah-Pengarah Institusi dan Urusetia Anugerah Institusi Penjara Sarawak.