| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Di Istana Negeri Sabah

Pada 20 Februari 2019 (Rabu), jam 10.30 pagi, YDH TKP Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, bersama ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin, di Istana Negeri Sabah. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah atas pelantikan semula sebagai Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah dan antara lain perkara yang dimaklumkan oleh YDH TKP Haji Suria Bin Haji Idris kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, beliau memaklumkan program-program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Kunjungan hormat tersebut selesai pada jam 11.30 pagi.