| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka 2019

Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Negeri Melaka pada 13 dan 14 Mac 2019 bertempat di Kolej Universiti Islam (KUIM) Kuala Sungai Baru Melaka. Kejohanan ini disertai oleh 52 regu sekolah di Negeri Melaka. Pada Kejohanan ini pasukan sepak takraw SHGTM telah berjaya mendapat tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Abdul Malek Bin Haron , Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah, Melaka.