| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulanan Penjara Pengkalan Chepa Kelantan

Penjara Pengkalan Chepa Kelantan - 19 Februari 2019 berlangsung Majlis Perbarisan Bulanan yang telah disempurnakan oleh YDH PKK Mat bin Yaacob Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Kelantan. Majlis turut di hadiri oleh Timbalan Pengarah PP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Timbalan Penguasa Hj Mazlan bin Ibrahim dan Timbalan Penguasa Rosliza binti Ishak.Majlis dimulakan dengan pemeriksaan baris oleh YDH PKK Mat bin Yaacob dan bacaan ikrar yang telah dipimpin oleh KPPP Mohd Izanee bin Abdullah. Antara intiapati ucapan YDH PKK Mat bin Yaacob mengenai tatacara pemaikaian dan kesediaan bagi menghadiri setiap majlis rasmi jabatan. Beliau juga menekankan aspek keselamatan dan memperingatkan kepada semua lapisan anggota unifom dan awam supaya terus berintegriti dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Beliau memperingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana anggota yang didapati terlibat dengan PAL.