| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Penjara Pusat Kota Kota Kinabalu 2019

Pada 15hb Febuari 2019 (Jumaat) – Bertempat di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Kebajikan Penjara dan Pejabat Rekod telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina. Seramai 20 orang banduan terpilih menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 47 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Majlis telah dirasmikan oleh PP Jomison Gondikit, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Pusat Kota Kinabalu.  Antara tetamu yang hadir dalam program ini ialah En. Teoh Boon Ah bersama rombongan dari Buddhist Association Sabah & Federal Territory Of Labuan (BLIA). Program bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni sekaligus memberi peluang kepada mereka merasai kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.