| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney 2019

Unit Sekolah Agama JAIM Henry Gurney Telok Mas telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan bertempat di Dewan Seroja SHG Telok Mas pada 1 Februari 2019. Majlis ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas agar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas. Pada majlis yang sama pentadbiran sekolah telah memperkenalkan log disiplin pelajar yang diserahkan kepada Ustaz Mohd Taufik Bin Ariffin, Penyelia Sekolah Agama Jaim Henry Gurney untuk dilaksanakan dalam sesi persekolahan tahun ini.