| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulan Januari 2019 Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan

Pada 14 Januari 2019 bertempat di Dataran Setia, Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Januari 2019 Jabatan Penjara Malaysia peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara, Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Penolong Komisioner Kanan, Faisal bin Mohamed, Pengarah Penjara Tawau, Penolong Komisioner Kanan, Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Kota Kinabalu, Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Penolong Komisioner Penjara, Mohd Hafizey bin Yahaya, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, Penolong Komisioner Penjara, Norneelah binti Shukor, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penolong Komisioner Penjara, Kamarul Zaman bin Ali Zaman, Pengarah Penjara Sandakan dan Penolong Penguasa Penjara, Onasis bin Haji Abd Husin, Komandan PRP Kem Paradise Kota Belud. Perbarisan pada majlis tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Koreksional Labuan telah diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara, Alfonsus Francis Anak Hill, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Labuan. Antara pengisian majlis tersebut pemakaian Pingat Am Penjara kepada pegawai-pegawai Pusat Koreksional Labuan yang telah disahkan dalam perkhidmatan iaitu Wadar Penjara Bil. 20942 Jeckry Kori, Wadar Penjara Bil. 21773 AK Mohd Saiful bin Pg Omar dan Wadar Penjara Bil. 21789 Din Shahrin bin Gervatius serta penyampaian Perutusan Tahun Baru 2019 daripada YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia oleh Timbalan Komisioner Penjara, Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.