| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Jersi Dan Bendera Wilayah Persekutuan Kepada Pasukan Futsal Pusat Koreksional Labuan

Pada 16 Januari 2019 bertempat di Perkarangan Pejabat Pentadbiran Pusat Koreksional Labuan telah diadakan Majlis Penyerahan Jersi dan Bendera Wilayah Persekutuan Labuan daripada Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan kepada Pasukan Futsal Pusat Koreksional Labuan bagi penyertaan dalam Kejohanan Futsal Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan berlangsung di Penjara Sandakan pada 18 hingga 20 Januari 2019. Majlis tersebut juga telah disaksikan oleh Ketua Inspektor Penjara, Erwin Andrian bin Budi Susilo selaku Bendahari Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pusat Koreksional Labuan.