| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Sempena Kejohanan Petanque Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan 2019

Pada 03 Februari 2019 telah berlangsung Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah sempena Kejohanan Petanque Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Arena Petanque Pusat Koreksional Labuan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan dan disaksikan oleh Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan. 05 institusi telah mengambil bahagian iaitu Pusat Koreksional Labuan selaku pengelola kejohanan, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Tawau, Penjara Sandakan dan Sekolah Henry Gurney Keningau. Bagi Acara Terbuka Lelaki Berpasangan : Pusat Koreksional Labuan - Johan, Penjara Sandakan - Naib Johan & Penjara Pusat Kota Kinabalu - Ketiga. Bagi Acara Terbuka Wanita Berpasangan : Penjara Sandakan - Johan, Penjara Tawau - Naib Johan & Pusat Koreksional Labuan - Ketiga. Bagi Acara VIP : Pusat Koreksional Labuan – Johan & Ketiga manakala Penjara Sandakan – Naib Johan. Keputusan keseluruhan, Penjara Tawau menjadi Johan dan membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan manakala Pusat Koreksional Labuan menjadi Naib Johan dan Penjara Sandakan tempat Ketiga. Semua pemenang telah menerima medal dan hadiah wang tunai.