| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat Dan Tazkirah Kakitangan Pusat Koreksional Labuan

Pada 31 Januari 2019 telah diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan Tazkirah bagi Kakitangan Pusat Koreksional Labuan bertempat di Surau Abu Ayyub Al Anshari, Taman Bakti, Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut yang dihadiri oleh kakitangan beragama Islam merupakan program rutin mingguan kendalian Pegawai Unit Agama Pusat Koreksional Labuan iaitu Ustaz Muhammad Firdaus bin Abdullah bertujuan mengaktifkan aktiviti surau serta sebagai program pengukuhan sahsiah kepada kakitangan di institusi ini. Majlis tersebut yang diadakan pada setiap hari Khamis dimulai dengan Solat Maghrib dan diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah.