| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Futsal Piala Pengarah Pusat Koreksional Labuan Tahun 2019

Pada 09 Januari 2019 bertempat di Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan Kejohanan Futsal Piala Pengarah Pusat Koreksional Labuan bagi Tahun 2019 yang telah disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Koreksional Labuan. Kejohanan ini diadakan bertujuan bagi memilih pemain-pemain yang akan mewakili Pusat Koreksional Labuan dalam Kejohanan Futsal Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan berlangsung di Penjara Sandakan, Sabah pada 18 hingga 20 Januari 2019. Majlis Penutupan kejohanan tersebut telah dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.