| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina 2018 Penjara Dusun Dato’ Murad

13 Februari 2019 (Rabu) : Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Dusun Dato’ Murad telah diadakan dengan jayanya. Program tersebut telah disempurnakan oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli selaku Timbalan Pengarah (Keselamatan & Koreksional) yang mewakili Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad. Turut dijemput menghadiri majlis tersebut ialah guru dan tenaga pengajar Agama Buddha. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat keselamatan kepada keluarga, persembahan tarian singa, ucapan oleh TPP Shamsul Izak dan wakil penghuni serta gimik Yee Sang. Majlis telah diakhiri dengan persembahan oleh penghuni, acara memotong dan menyuap kek serta sesi bergambar. Seramai tujuh orang penghuni telah terpilih untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga.