| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Penjara/PPA/PPK/TTK Simpang Renggam, Johor

Pada 12.02.2019 (Selasa ) Penjara Simpang Renggam telah menerima lawatan YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman Timbalan  Menteri Dalam Negeri. Lawatan  dimulakan dengan kawalan tabik hormat seterusnya di sambut oleh KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kasim Pengarah Penjara Negeri Johor, KP Ahmad Faudzi Bin Awang Pengarah Bahagian Keselamatan & Inteligen Ibu Pejabat Penjara Malaysia, TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor serta Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Johor  dan kakitangan Penjara Simpang Renggam. Turut hadir pada lawatan ini Tuan Hj Jalil Husni Bin Yahaya Timbalan Setiausah Bahagian Kementerian Dalam Negeri. Aturcara majlis di teruskan dengan taklimat lawatan yang di sampaikan oleh KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kassim di bilik gerakan Penjara Simpang Renggam. Lawatan di teruskan lagi dengan melawat blok penempatan Tahanan POTA dan Tahanan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman Timbalan  Menteri Dalam Negeri juga melawat kawasan luar Penjara dan kuarters kaitangan Penjara Simpang Renggam. Lawatan di akhiri dengan jamuan makan, menandatangani buku lawatan dan penyampaian cenderhati yang di sampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Johor.